Kerjaya kelab Gabriel Vasconcelos Ferreira

Cruzeiro

Gabriel memulakan kariernya di pasukan belia Cruzeiro pada tahun 2007. Ketika musim 2010 dan 2011, beliau menjadi pemain gantian pasukan yang tidak banyak diperlukan sebelum beliau berpindah ke Milan.

Milan

Pada permulaan musim 2012-13, Gabriel dibeli Milan untuk menggantikan Christian Abbiati dan Marco Amelia yang disisihkan. Selepas tidak membuat mana-mana kemunculan pertama untuk Milan, Gabriel akhirnya membuat debut pada 19 Oktober 2013 menentang Udinese selepas pengurus Massimiliano Allegri meletakkan Gabriel di tempat kesebelasan utama selepas Abbiati mengalami kecederaan. Perlawanan berkesudahan Milan menang tanpa bolos, 1–0 win. Beliau menamatkan musim keduanya di Milan dengan tujuh kemunculan.

Pada 1 September 2014, Gabriel sertai kelab Serie B, Carpi secara pinjaman semusim dari Milan. Beliau diletakkan sebagai penjaga gol pertama pasukan dan beliau telah beraksi 39 perlawanan dan membantu pasukannya untuk layak ke Serie A buat musim hadapan.

Untuk musim 2015-16, Gabriel melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Napoli secara pinjaman selama satu musim.